Pengenalan Program

  1. Program ini mengambil masa satu hari iaitu dari pukul 9 pagi hinggalah 6.15 petang.
  2. Penggerak Program Motivasi Sayangi Remaja terdiri daripada golongan yang terlibat secara aktif dalam memerangi masalah gejala sosial dikalangan remaja dan belia.
  3. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada golongan remaja tentang nilai sebenar maruah mereka dan tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan negara.
  4. Dengan lahirnya golongan remaja yang sedar akan peranan mereka dalam masyarakat akan mewujudkan kawasan yang bebas daripada gejala sosial di kalangan komuniti remaja dan belia.