Saturday, December 10, 2011

Apa yang ibu bapa perlu INGAT ?


Ibu bapa perlu ingat :

1) Anak-anak ini lahir boleh dirancang. Rancanglah bagaimana cara kita ingin anak ini dididik dan dibentuk. Rancanglah siapa yang akan mendidiknya. Rancanglah di mana kita ingin mendidiknya.

2) Galakkan anak-anak menuntut ilmu supaya lulus ujian dunia dan akhirat. Kenapa perlu lulus ujian dunia? Kerana kita tidak mahu anak-anak ditindas dan kita mahu anak-anak boleh membela diri dan agama. Kenapa perlu lulus ujian akhirat? Kerana kita mahu anak-anak kita memiliki kebahagiaan yang kekal abadi. Kita mahukan anak-anak bahagia di akhirat maka anak-anak perlu mengusahakannya ketika masih di dunia ini.

3) Anak-anak akan membesar menjadi seorang manusia yang memikul tanggungjawab yang berat. Maka kita perlu menjelaskan dan memberi kefahaman agama kepada anak-anak pada masa yang tepat. Jika kita terlambat ini akan menyebabkan anak-anak membesar tanpa tahu tanggungjawab mereka lalu gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.


No comments:

Post a Comment