Saturday, December 10, 2011

Apa yang ibu bapa perlu INGAT ?


Ibu bapa perlu ingat :

1) Anak-anak ini lahir boleh dirancang. Rancanglah bagaimana cara kita ingin anak ini dididik dan dibentuk. Rancanglah siapa yang akan mendidiknya. Rancanglah di mana kita ingin mendidiknya.

2) Galakkan anak-anak menuntut ilmu supaya lulus ujian dunia dan akhirat. Kenapa perlu lulus ujian dunia? Kerana kita tidak mahu anak-anak ditindas dan kita mahu anak-anak boleh membela diri dan agama. Kenapa perlu lulus ujian akhirat? Kerana kita mahu anak-anak kita memiliki kebahagiaan yang kekal abadi. Kita mahukan anak-anak bahagia di akhirat maka anak-anak perlu mengusahakannya ketika masih di dunia ini.

3) Anak-anak akan membesar menjadi seorang manusia yang memikul tanggungjawab yang berat. Maka kita perlu menjelaskan dan memberi kefahaman agama kepada anak-anak pada masa yang tepat. Jika kita terlambat ini akan menyebabkan anak-anak membesar tanpa tahu tanggungjawab mereka lalu gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.


Tuesday, November 8, 2011

Apakah ZINA itu sebenar-benarnya ?


sahabt2 sekalian dlam group nie yg bole menolong......
tlg jelaskan apakah ZINA itu sebenar-benarnya..
 ·  ·  · 13 hours ago near Pasir Mas, Malaysia
  • You, Syahrul Hafiz and Muhd Azli Abdul Patah like this.
    • Muhammad Fikri zina tu banyak, zina mata, hati dll
      13 hours ago ·  ·  2
    • Aed Arius cer jelaskan detail bole x Muhammad Fikri.....hihi
      11 hours ago ·  ·  2
    • Nur Khalilah Rasyidah Aed Arius, yang termasuk Zina Besar adalah masuknya kemaluan laki-laki atau bagiannya ke dalam kemaluan wanita yang bukan mahram dengan dilakukan dengan keinginannya di luar hal yang syubhat.dan yang termasuk zina kecil seperti keterangan hadist dibawah iniDari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. Sabdanya : “Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan zinanya memegang. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti dan tidak mengikuti.” (Hadis Shahih Muslim No. 2282) :)
      10 hours ago ·  ·  2
    • Aed Arius kesan dan balasan golongan zina atas dunia ????
      20 minutes ago · 
    • Nur Khalilah Rasyidah “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman” (An-Nur:2, al Quranul Karim)
      12 minutes ago · 
    • Nur Khalilah Rasyidah dua jenis hukuman bagi dua kategori manusia yang melakukan kesalahan itu ;
      1. Sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin
      2. Rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin

      Kenapakah terdapat perbezaan di dalam hukuman yang di jalankan bagi kesalahan yang sama tetapi dilakukan oleh jenis manusia yang berbeza?
      Sepintas lalu, Ulama’ menggariskan bahawa menghukum mereka yang belum berkahwin jika disabitkan kesalahan dengan 100 rotan adalah wajar sebagai pengajaran bagi mereka yang melakukanya ataupun remaja yang berkeinginan mencubanya. Hukuman sebat ditentukan bagi penzina jenis adalah kerana mereka belum pernah merasa nikmat perkahwinan.Keinginan mereka adalah disebabkan dorongan nafsu yang kadangkala dapat mengatasi fikiran manusia sehingga menjerumuskanya melakukan kesalahan zina.

      Rejam sampai mati pula adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas penzina yang sudah berkahwin kerana penzina jenis ini sudah merasai nikmat perkahwinan dan tidak ada alasan yang boleh diterima sebagai kemaafan kerana dikhuatiri tabiat mereka itu akan merosakkan banyak manusia. Rejam sampai mati adalah ubat yang paling mujarab bagi manusia jenis ini.
      10 minutes ago · 
    • Aed Arius boleh ke golongan zina jd imam?????
      10 minutes ago · 
    • Nur Khalilah Rasyidah maksud kamu imam solat ke?
      9 minutes ago · 
    • Nur Khalilah Rasyidah solat masih sah..solat imam sah. solat makmum pun sah :)
      a few seconds ago · 

Sunday, June 26, 2011

Program Motivasi Sayangi Remaja (II)



Alhamdulillah..PMSR (II) telah dijalankan di SMK Taman Kenari Kulim. Seramai 80 orang pelajar perempuan telah menyertainya. Program dijayakan oleh 11 orang fasilitator dan 2 orang penggerak. Semoga Allah meredhai usaha ini dan mengurniakan kemanisan iman kepada kita semua. Amin Ya Mujib. =)

Friday, May 27, 2011

Program Kedua Motivasi Sayangi Remaja



Berminat Menjadi Fasilitator?
Ciri-ciri fasi yang dicari :
a) perempuan
b) penyayang
c) menutup aurat
d) menghayati ajaran Islam

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi fasilitator, sila sms kami email anda. Kami akan emailkan kertas kerja dan modul program. Insha Allah. Terima kasih.

Sebarang Pertanyaan Hubungi :

1) Khalilah 019-4737645

2) Asma 019-4317157


PENAJAAN/SUMBANGAN/ZAKAT

Kepada sahabat-sahabat yang ingin menjadi penaja Program Motivasi Sayangi Remaja (perempuan) boleh menghubungi kami.  Kami berharap bantuan ini dapat membolehkan anak2 yang kurang berkemampuan untuk tidak ketinggalan menyertai program ini. Terima kasih.

Saturday, April 23, 2011

Program Pertama (23 April 2011) Selesai

Alhamdulillah Program Motivasi Sayangi Remaja (perempuan) kali pertama telah dilaksanakan di Rawang, Selangor. Semoga adik-adik peserta dan fasilitator mendapat sesuatu yang sangat bermakna daripada program ini. Moga Allah memberi hidayah kepada kita semua untuk terus memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. ^___^
Team Fasilitator Group Sayangi Remaja. Alhamdulillah.. Syabas! Syukur kepada Allah yang telah mengurniakan kami kesatuan hati untuk menjalankan Program Motivasi Sayangi Remaja (perempuan).
Bersedia menanti adik-adik tersayang di kaunter pendaftaran. 

Adik-adik sudah datang!

Kesemua adik-adik dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil supaya setiap adik mendapat perhatian yang secukupnya.

Antara Slot Program Motivasi Remaja : Pengakuan remaja terlanjur yang telah bertaubat. Belajar daripada beliau mengapa perlu kembali ke pangkal jalan dan bagaimana untuk kembali kepangkal jalan.



Peserta-peserta mengalirkan air mata, bermuhasabah diri.

Masa untuk bermain!

Sunday, March 6, 2011



23 April 2011


Program Motivasi Sayangi Remaja akan diadakan 
khas untuk Remaja Perempuan 
di Bandar Tasik Puteri

Jangan lepaskan peluang ini!
Segera mendaftar!



Digerakkan Oleh :

 Group Sayangi Remaja
 dengan kerjasama
 Biro Wanita dan Biro Remaja dan Belia Masjid Bandar Tasik Puteri






1.0        PENDAHULUAN   

1.1     Gejala sosial di Malaysia terutama di kalangan remaja dan belia, telah menjadi wabak yang serius. Bermula dengan isu bohsia (belen) dan bohjan (penarik), kemudian menyusul isu gejala lepak, diikuti pula isu remaja minum minuman keras, hidu gam (tora), gampunk, gadis topup seterusnya masyarakat digemparkan dengan budaya ‘black metal’, dan seterusnya  gejala murtad di dalam masyarakat yang berleluasa kebelakangan ini serta bermacam lagi isu yang kita tidak dapat menjangkakan, isu apa lagi yang akan timbul pula selepas ini.

1.2     Namun setiap kali timbul gejala baru dalam masyarakat, kita sering melupakan masalah-masalah yang menjadi isu sebelum ini. Ini bukan bermaksud, masalah tersebut tidak lagi menjadi isu,  telah berjaya dibendung dengan berkesan. Sebaliknya ianya seperti sedang mengeram dan bernanah untuk menetas dan merosakkan lagi keharmonian masyarakat.

1.3     Melihat kepada isu gejala sosial yang dinyatakan terutamanya dikalangan remaja dan belia, maka saya melihat satu keperluan untuk mendekati remaja seterusnya memberi kesedaran kepada mereka dan membimbing mereka dalam kehidupan yang penuh cabaran.
                                                                                                             

2.0        PENGENALAN  POGRAM MOTIVASI SAYANGI REMAJA                                         

2.1     Program ini mengambil masa satu hari iaitu dari pukul 9 pagi hinggalah 6.00 petang.

2.2     Penggerak Program Motivasi Sayangi Remaja terdiri daripada golongan  yang terlibat secara aktif dalam memerangi masalah gejala sosial dikalangan remaja dan belia.

2.3     Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada golongan remaja tentang nilai sebenar maruah mereka dan tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan negara.

2.4     Dengan lahirnya golongan remaja yang sedar akan peranan mereka dalam masyarakat akan mewujudkan kawasan yang bebas daripada gejala sosial di kalangan komuniti remaja dan belia.

3.0        OBJEKTIF POGRAM MOTIVASI SAYANGI REMAJA                                                  

3.1     Memberi ransangan kepada masjid dan surau untuk mengaktifkan program pembinaan remaja.

3.2     Memberi pendedahan menyeluruh berhubung isu-isu sosial yang berada di dalam masyarakat dan menjadikan kelompok ini sebagai kelompok yang peka terhadap isu yang berlegar di sekitar mereka.

3.3     Menjelaskan kepada remaja hala tuju selepas zaman persekolahan.

3.4     Menyedarkan betapa berharganya setiap manusia dan kepentingan menjaga maruah manusia.



4.0        MATLAMAT                           



“Melahirkan  golongan remaja yang bersahsiah cemerlang di kawasan tempatan, yang mempunyai komitmen dan kemahiran dalam menggerakkan usaha secara bersama bagi  menangani serta memulihkan masalah gejala sosial  di kawasan mereka”


5.0        INDIKATOR PENCAPAIAN                



Bilangan mereka yang mengikuti program yang dijalankan oleh pengerak dan berjaya  memelihara atau memulih mereka yang terlibat dalam gejala sosial.
(Borang kaji selidik tentang perubahan anak-anak akan diberikan kepada ibu bapa/guru)


6.0        SASARAN PESERTA
            
          Remaja perempuan berumur 13 tahun, 14 tahun dan 16 tahun

7.0        TARIKH         

          
              23 April 2011 (Sabtu)

8.0        TEMPAT

            Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor


9.0        MASA



1 hari (9.00 pagi hingga 6.00 petang)

10.0      TENTATIF PROGRAM                                                                                                   

          
9.00 pagi           : Pendaftaran Peserta
9.30 pagi           : Ice Breaking (sesi berkenalan)
10.45 pagi         : Minum Pagi
11.00 pagi         : Slot 1 : Gejala Sosial Remaja Hari ini
11.30 pagi         : Latihan Dalam Kumpulan 1
12.30 petang     : Makan Tengah Hari
1.00 petang       : Persiapan Solat Zohor
1.45 petang       : Slot 2 : Aku Hamba Allah dan Khalifah di Bumi
2.20 petang       : LDK 2
3.20 petang       : Slot 3 : Mahu ke Mana Adikku?
4.00 petang       : Persiapan Solat Asar
4.30 petang       : Minum Petang
4.45 petang       : Riadah : Permata Hatiku
5.30 petang       : Persediaan Majlis Penutup
5.45 petang       : Majlis Penutup
6.00 petang       : Bersurai